Friday, 28 September 2012

Dialek Kita

Saya percaya setiap daripada kita mempunyai latar belakang yang berbeza. Misalnya tempat kelahiran dan tempat tinggal. Di Malaysia, negara kita terbahagi kepada wilayah Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak), Selatan (Johor), Pantai Barat (Perak, Selangor) dan Pantai Timur(Kelantan, Terengganu dan Pahang). Setiap wilayah ini mempunyai laras bahasa dan dialek mereka yang tersendiri. Antara ciri yang membezakan laras bahasa setiap daerah termasuklah kepelatan, gaya lagu semasa menuturkannya, bunyi sebutan, dan perbezaan dari segi perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu. Mari kita lihat contoh bagi perkataan apa, bagi penutur di wilayah Utara, mereka akan menyebutnya apa, Berbeza dengan mereka yang mendiami wilayah Selatan. Mereka akan menyebutnya ape. Begitu juga dengan perkataan pergi, masyarakat di Utara akan menyebutnya pi manakala masyarakat di Pantai Timur akan menyebutnya gi. Perhatikan pula ayat ini:-
          1. Hang nak pi mana?
          2. Mu nok gi mana?
          3. Kamu hendak pergi ke mana?

Ayat satu dan dua merupakan bahasa dialek manakala ayat tiga merupakan bahasa baku. Namun ia masih membawa maksud yang sama dengan ayat ketiga.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment