Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini saya akan berkongsi satu situasi yang telah berlaku di gerai makan. Ketika sedang menikmati makanan, datang beberapa orang lelaki yang turut mahu makan di situ. Barangkali agak lama menunggu, kedengaran satu suara memanggil pelayan wanita yang agak leka di sudut yang lain. "Kak,oder." Ringkas sahaja panggilan tersebut. Siapakah wanita itu hinggakan lelaki itu memanggilnya dengan sapaan kak? Apakah kata sapaan yang sesuai bagi wanita itu?
Ya, kata sapaan kak seharusnya ditukar kepada sapaan cik atau saudari. Mungkin bagi masyarakat biasa, mereka akan beranggapan sapaan kak lebih kepada sapaan hormat, memandangkan seorang wanita itu kelihatan lebih berusia daripada kita. Namun hakikatnya sapaan kak lebih kepada sapaan mesra ataupun bagi mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan. Begitu juga dengan sapaan abang, adik, pak cik, mak cik dan sebagainya. Ianya merupakan kata sapaan mesra bagi ikatan kekeluargaan. Dalam situasi di atas, pelanggan tersebut seharusnya menyapa pelayan wanita itu dengan sapaan cik atau saudari. Masyarakat sudah terbiasa dengan sapaan mesra kepada orang yang tidak dikenali ataupun baru dikenali. Antara sedar atau tidak, mentaliti masyarakat kita sudah terbiasa dengan sapaan mesra dan bukannya kata sapaan hormat.
![]() |
Gambar hiasan |
No comments:
Post a Comment