Thursday, 27 September 2012

Bahasa,teknologi dan remaja

Baru-baru ini dunia teknologi semakin menunjukkan kemajuannya, apabila telefon pintar 'iphone5' dilancarkan. Sudah pasti golongan muda, khususnya golongan remaja berlumba-lumba untuk mendapatkan telefon pintar yang terbaru. Seperti yang kita tahu telefon adalah alat perhubungan masa kini yang sangat penting. Namun, bagaimanakah cara perhubungannya? Tidak perlu saya menghuraikan dengan lebih panjang kerana kita semua tahu telefon digunakan menerusi percakapan dan juga teks (mesej). Melalui penulisan teks ataupun menaip teks, kita seringkali menggunakan singkatan perkataan ketika berhubungan dengan orang lain. Saya percaya golongan remaja amnya merupakan pengguna yang tegar dalam teks (mesej). Mereka ini akan menggunakan singkatan bagi perkataan tertentu sehinggakan golongan yang lebih dewasa tidak memahami isi kandungan tentang apa yang hendak disampaikan. 
          Begitu juga menerusi laman sosial. Cara penggunaan bahasa mereka masih sama walaupun menggunakan penyampaian yang berbeza. Saya mengambil contoh pada hari ini, iaitu semasa melayari laman  sosial, saya telah terlihat satu komen yang menggunakan singkatan yang sukar difahami malah terdapat percampuran bahasa. 
Komen seperti ini sudah biasa saya lihat bahkan ada yang lebih teruk iaitu sehinggakan saya tidak memahami walau satu patah perkataan. Mungkin dalam lingkungan seusia mereka, akan ada yang dapat memahaminya, tetapi bagi mereka yang lebih dewasa, mereka akan mengambil masa yang agak lama untuk memahaminya.

No comments:

Post a Comment