Assalammualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini saya ingin berkongsi kisah ketika saya sedang mendengar radio. Pada mulanya agak seronok mendengar lagu-lagu yang dimainkan dan celoteh penyampai radio tersebut. Namun pada satu ketika, saya agak kesal kerana penyampai radio tersebut banyak menggunakan bahasa campuran iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Antara perkataan yang seringkali saya dengar ialah
so, actually, same dan banyak lagi. Adakah penyampai radio itu sedar bahawa dia telah mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain?Adakah dia sudah terbiasa dengan perkataan bahasa Inggeris itu? Perkara seperti ini seharusnya dielakkan lebih-lebih lagi ia merupakan media siaran langsung yang didengari oleh lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, sedangkan media massalah yang sepatutnya memimpin masyarakat dalam berbahasa yang lebih baik dan bukannya dalam diam menjadi penyebab kepada kerosakan bahasa Melayu yang kita sayangi.
No comments:
Post a Comment