Apa khabar dan selamat bertemu kembali. Pada hari ini saya ingin berbicara mengenai bahasa slanga. Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa slanga? Menurut Kamus Dewan, slanga bermaksud kata-kata, ungkapan, dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi ia lazimnya digunakan dalam percakapan tidak rasmi. Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standart, seringkali berubah dan secara umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Pada kebiasaannya, bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial yang tertentu bagi tujuan komunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok mereka sahaja.
Lazimnya bahasa slanga digunakan oleh golongan remaja yang memanipulasikan ungkapanatau perkataan dengan makna yang baharu kepada perkataan tersebut. Contohnya perkataan balak, cun, kacang, ayat, awek, pakwe, skodeng, poyo dan sebagainya. Penggunaan media teknologi juga telah menjadikan slanga semakin berkembang. Penggunaan bahasa slanga ini jika tidak dipantau dibimbangi akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu hari ini.
No comments:
Post a Comment