Dalam catatan kali ini, saya akan membincangkan topik penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu. Lazimnya tulisan jawi dikaitkan dengan masyarakat Melayu yang beragama Islam memandangkan tulisan jawi menggunakan huruf-huruf daripada bahasa Arab. Pada zaman dahulu masyarakat Melayu sangat mahir akan kemahiran menulis dan membaca jawi. Tetapi kini ramai golongan muda terutamanya lingkungan generasi Y, mereka agak sukar membaca tulisan jawi apatah lagi hendak menulisnya. Jika dahulu tulisan jawi digunakan secara meluas, namun kini agak sukar untuk kita melihat papan tanda yang mengunakan tulisan jawi sebagai panduan arah. Mengapakah keadaan ini berlaku? Mungkin ada yang beranggapan bahawa tulisan jawi tidak penting kerana ia agak sukar untuk membacanya tambahan pula masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk yang dihuni pelbagai etnik dan budaya.
Walau bagaimanapun, tindakan sesetengah pihak khususnya kerajaan tempatan yang mengambil sikap terbuka dan berani meletakkan tulisan jawi pada papan iklan wajar dipuji. Malah ia nampak menarik meski pun tanpa bahasa inggeris. Secara tidak langsung ia memperkenalkan tulisan jawi kepada masyarakat lain yang mendiami negara kita. Contoh gambar 1 dibawah merupakan papan tanda iklan yang dilihat di negeri Kedah. Manakala contoh ke-2 merupakan papan iklan yang dapat dilihat negeri Kelantan.
![]() |
| Gambar 1 |
| Gambar 2 |

No comments:
Post a Comment